Assalamualaikum Wbt.
Sebuah syarikat dua orang anak muda tempatan yang menjalankan aktiviti pertanian dan memperdagangkan hasil asas tani di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia secara kecil-kecilan.
Click to play
No shoutbox is available for the moment.
Please be patient and bare with us.
Thank you.
Jul 17, 2013
Penutupan BB Peladang
Assalamualaikum Wbt.
Sep 25, 2012
Baja Bio Organik Kompos Revolusi Megah
Kami ingin memperkenalkan baja bio organik kompos keluaran Revolusi Megah Sdn. Bhd.
Kandungan baja adalah seperti berikut:-
N : 3, P : 5, K: :5
Ca -18% -22%
Mg -9% -12%
Fe, S, Zn, Cu, Mn,B, C1
Hurid Asid -20%
CEC -40%
15 Jenis Organisma Berfaedah
Faedah baja bio organik kompos Revolusi Megah adalah seperti berikut:-
Mengurangkan penyakit kulat, Pathogen (jangkitan bakteria), Namatode, dan penyakit dalam tanah
Membaiki Struktur tanah
Membantu menyimpan air & udara dalam tanah
Menyokong Keaktifan Mikroorganisma di dalam tanah
Meningkatkan kesuburan Unsur Tanah dan Bahan Organik tanah
Menyeimbangkan pH tanah (6.8~7.8)
Akar Menyerap Nutrisi lebih maksimum
Menyokong Sistem Pertumbuhan Akar
Harga baja bio organik kompos Revolusi Megah:-
RM 1,375.00 / tan
Untuk membeli di kawasan pantai timur, sila hubungi 013-982 9884 (Nashrul).
Sep 10, 2012
Tanah Pertanian Untuk Dijual Di Kemaman
Assalamualaikum w.b.t.,
Sep 8, 2012
Cadangan Membina Reban Ayam Daging
Ada sesiapa yang mempunyai maklumat lengkap tentang reban ayam daging untuk dikongsi bersama kawan saya yang ingin membina reban di atas tanah berkeluasan 2 ekar.
Mohon kerjasama tuan / puan untuk email maklumat tersebut ke gandingan.ilham@lobbyist.com atau melalui apa cara sekali pun yang tuan / puan rasakan senang.
Terima kasih.
Feb 19, 2012
Mesin Santan Kelapa
Musim Baru
Assalamualaikum,
Nov 21, 2011
Harga Kelapa Melambung Tinggi di Terengganu
Mungkin berita ini dah lapuk. Harga kelapa yang melambung secara tiba-tiba di Terengganu sehingga mencecah RM3.00 sebiji menyebabkan ramai pengusaha santan segar menepuk dahi.
Analisa yang kami dapat simpulkan di sini, kenaikan harga secara mendadak ini adalah berikutan musim tengkujuh yang sedang melanda negeri kami. Diharap harga akan mula pulih seperti sediakala tidak lama lagi.
P/s : Asyik lapar je musim tengkujuh ni. Kepada yang mendirikan rumahtangga tu, kami doakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Musim tengkujuh yang boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan ni adalah sangat disukai pasangan pengantin untuk mendirikan rumahtangga. Maklumlah, musim mengawan. Hihihi...
Nov 11, 2011
Pengguna Apple
Kepada pengguna Apple, saya telah mengemaskini tulisan di blog ini supaya ianya dapat memaparkan tulisan rasmi OS yang digunakan oleh produk-produk Apple, yakni Lucida Grande.
Sekiranya anda menggunakan OS Windows tanpa tulisan Lucida Grande, blog ini akan memaparkan tulisan Arial sans-serif. Jika anda berminat dengan tulisan Lucida Grande, sila download dan install ke dalam sistem OS anda.
Sekian pembelajaran untuk kali ini. Assalamualaikum..
Nov 10, 2011
Realiti hidup
Sekarang tengah berfikir tentang penyambungan projek untuk kesinambungan hidup yang sekarang ni mungkin pada tahap sampah masyarakat kot. Kami memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak yang bermurah hati untuk membantu kami keluar dari belenggu hidup. Walaupun berbunyi agak 'loser' tapi apa kan daya untuk kami yang sangat berminat untuk memeriahkan bidang pertanian Malaysia. oh ini rupanya realiti hidup.haha *ketawa sedih*
Oct 20, 2011
Tiada Sokongan
Tengah hari tadi saya telah berjumpa dengan En. Azman untuk membincangkan costing untuk projek pertanian baru kami nanti. Siapa En. Azman dan apa projek baru kami? Akan saya ceritakan kemudian.
Apa yang saya terkilan, malam tadi sewaktu bertemu dengan En. Din, ketua JKKK saya ada menyatakan hasrat untuk mengusahakan projek terbaru kami. Daripada feedback yang saya dapat, beliau seolah-olah tidak menyokong kami untuk mengusahakan projek tersebut. Katanya, pertanian bukanlah satu sumber pendapatan yang sangat menguntungkan.
"Alang-alang dah jejak kaki ke dalam industri minyak dan gas, buat apa nak terjun ke bidang lain?"
Bagi saya, tanpa pertanian golongan elit seperti mereka-mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas nak makan apa? Bila Thailand dilanda banjir besar. Harga cili, beras dan lain-lain naik mendadak. Siapa yang merungut? Petani-petani hanya senyum lebar memerhati dari jauh gelagat orang-orang yang hanya memandang lekeh industri pertanian ni. Terkadang saya terfikir, ada bagus juga Thailand dilanda banjir. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia sedar akan kepentingan pertanian ni. Asyik kejar kerja di pejabat.. di dalam bilik berpenghawa dingin. Habis siapa lagi yang akan menyambung legasi pertanian suatu hari nanti?
Saya akui, industri minyak dan gas sangat menguntungkan. Tetapi, berapa ramai player-player yang sudah lama bertapak di dalam industri tersebut. Mereka ini umpama buaya-buaya yang 'makan besar' jika hendak dibandingkan dengan kami yang seumpama ikan bilis hanya mendapat sisa-sisa makanan daripada mereka.
Tetapi di dalam pertanian, jika kita mempunyai 'akal' dan rajin, insya Allah pendapatan kita setiap tahun mampu mengalahkan pendapatan yang diperolehi oleh usahawan-usahawan di dalam industri minyak dan gas.
Namun, semua itu bukan penghalang bagi saya untuk meneruskan projek kami ini. Baru sedikit 'hasutan' yang diterima. Saya tidak seharusnya menyerah diri begitu sahaja. Tak apa, kita lihat suatu hari nanti. Saya akan buktikan kepada ketua JKKK itu yang kata-katanya hanyalah cakap kosong sahaja. Tunggu...!