Click to play

Sorry,
No shoutbox is available for the moment.
Please be patient and bare with us.
Thank you.

Sep 29, 2011

Tips Pertanian dan Penternakan (Part 1)



Ramai yang mungkin sedang mencari informasi mengenai pertanian atau penternakan. Baiklah, di sini saya akan berkongsi sedikit sebanyak berkaitan dengan kedua-duanya. Jika ada tersalah atau tersilap fakta, harap diperbetulkan.

Mari kita mulakan sekarang..

Saya ingin bertanyakan anda beberapa soalan.

Adakah anda seorang yang rajin atau ringan tulang?
Jika anda seorang yang rajin atau ringan tulang, sila teruskan usaha anda dalam salah satu bidang yang saya sebut di atas. Jika tidak, saya nasihatkan supaya anda melupakan impian atau cita-cita anda untuk menjadi seorang petani mahupun penternak moden.

Soalan seterusnya..

Berapa besar modal anda ada untuk menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan ini?
Jika modal anda di bawah RM50,000.00 bagi pertanian dan RM200,000.00 bagi penternakan, maka saya nasihatkan anda semua dapat mencari lagi modal supaya jumlahnya melebihi RM50,000.00 bagi tujuan pertanian dan RM200,000.00 bagi tujuan penternakan kerana faktor modal adalah perkara paling utama yang perlu anda titik beratkan sebelum menceburi bidang ini.

Di manakah lokasi dan berapa keluasan kawasan untuk anda jalankan aktiviti pertanian atau penternakan ini?
Saya sarankan supaya aktiviti pertanian ini dijalankan di kawasan yang sedikit terbuka tetapi berpagar bagi melindungi tanaman daripada dicuri. Jangan risau jika lokasi tersebut berhampiran dengan penempatan kerana aktiviti pertanian tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Manakala bagi aktiviti penternakan pula, saya cadangkan anda mencari satu kawasan yang sangat jauh daripada kawasan penempatan kerana bau tinja haiwan ternakan adalah satu masalah yang sangat besar di masa akan datang. Tetapi, pastikan kawasan tersebut mudah untuk anda mahupun lori-lori keluar dan masuk.

Baiklah..

Sudahkah anda mempunyai pasaran?
Jika belum, saya syorkan supaya anda cari terlebih dahulu pasaran sebelum anda menjalankan aktiviti pertanian mahupun penternakan. Masalah utama yang timbul bagi kebanyakan pengusaha adalah pasaran. Tidak dinafikan, masalah ini akan membuatkan hasil tani dan ternak anda akan berlonggok di ladang. Jadi, pastikan anda dapatkan hitam putih daripada pemborong supaya hasil usaha anda tidak sia-sia.


Bersambung...

No comments: