Click to play

Sorry,
No shoutbox is available for the moment.
Please be patient and bare with us.
Thank you.

Oct 22, 2013

CGT vs. GST



Jul 17, 2013

Penutupan BB Peladang



Assalamualaikum Wbt.

Dengan dukacita ingin saya maklumkan bahawa syarikat BB Peladang kini dengan rasminya telah ditutup. Namun laman blog ini masih lagi akan berada di sini sebagai sumber rujukan mana-mana pihak yang merasakan maklumat yang ada di sini berguna.

Dengan penutupan ini bermakna tiada lagi promosi-promosi yang termaktub di dalam laman blog ini. Segala maklumat adalah hakcipta penulis.

Sekian, harap maklum.

Admin

Sep 25, 2012

Baja Bio Organik Kompos Revolusi Megah



Kami ingin memperkenalkan baja bio organik kompos keluaran Revolusi Megah Sdn. Bhd.

Kandungan baja adalah seperti berikut:-

N : 3, P : 5, K: :5
Ca -18% -22%
Mg -9% -12%
Fe, S, Zn, Cu, Mn,B, C1
Hurid Asid -20%
CEC -40%
15 Jenis Organisma Berfaedah

Faedah baja bio organik kompos Revolusi Megah adalah seperti berikut:-

Mengurangkan penyakit kulat, Pathogen (jangkitan bakteria), Namatode, dan penyakit dalam tanah
Membaiki Struktur tanah
Membantu menyimpan air & udara dalam tanah
Menyokong Keaktifan Mikroorganisma di dalam tanah
Meningkatkan kesuburan Unsur Tanah dan Bahan Organik tanah
Menyeimbangkan pH tanah (6.8~7.8)
Akar Menyerap Nutrisi lebih maksimum
Menyokong Sistem Pertumbuhan Akar

Harga baja bio organik kompos Revolusi Megah:-

RM 1,375.00 / tan

Untuk membeli di kawasan pantai timur, sila hubungi 013-982 9884 (Nashrul).

Sep 10, 2012

Tanah Pertanian Untuk Dijual Di Kemaman



Assalamualaikum w.b.t.,

Kami berhajat untuk menjual sebidang tanah seluas 6.6 ekar / 2.7 HA (empat rantai seinci) di Pasir Semut, Kemaman. Tanah berstatus pertanian (hakmilik orang melayu). Harga RM520,000.00 masih boleh dirunding. Jalan masuk telah kami buat. Cuma perlu buat laluan semula kerana semak samun telah menutup jalan tersebut.

Tanah berbukit dan sangat sesuai digunakan untuk penanaman getah. Hakmilik kekal selamanya (freehold). Sesiapa yang berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, sila hubungi kami di talian 09-852 1244 / 013-982 9884 (Nashrul). Berurusan terus dengan pemilik tanah. Hanya pembeli yang betul-betul berminat sahaja akan dilayan. Broker tanah tidak akan dilayan kerana kami ingin menjual tanah ini dengan segera, harap maklum. Terima kasih.

Sep 8, 2012

Cadangan Membina Reban Ayam Daging



Ada sesiapa yang mempunyai maklumat lengkap tentang reban ayam daging untuk dikongsi bersama kawan saya yang ingin membina reban di atas tanah berkeluasan 2 ekar.

Mohon kerjasama tuan / puan untuk email maklumat tersebut ke gandingan.ilham@lobbyist.com atau melalui apa cara sekali pun yang tuan / puan rasakan senang.

Terima kasih.

Feb 19, 2012

Mesin Santan Kelapa



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, Di sini ingin saya promosikan mesin memproses santan kelapa kepada mereka-mereka yang mahu memulakan perniagaan santan. Mesin telah dibeli dari seorang bekas pengusaha santan yang telah mengalami masalah kesihatan.

Tujuan kami ingin menjual mesin ini adalah ketidakupayaan kami dalam mengurus tadbir mengusahakan santan kelapa. Ianya bermula dengan kenaikan harga kelapa di Terengganu. Modal kami juga terhad pada ketika itu.

Jadi mesin ini masih belum kami gunakan sepanjang ianya berada di dalam 'tangan' kami. Kepada yang berminat, sila hubungi 010-401 2011 untuk maklumat lanjut berkaitan harga.

Lokasi kami ialah di Kemaman. Kepada yang berada di Kemaman ingin memulakan perniagaan membekal santan, sila ke showroom kami di Kg. Fikri, Kemaman.

Musim Baru



Assalamualaikum,

Tidak lama lagi kami akan mula menanam semula cili bagi musim baru. Musim sebelum ini kami tidak berupaya untuk mengeluarkan hasil yang banyak. Hanya beberapa pokok sahaja yang berbuah.

Insya'Allah pada pertengahan bulan Mac nanti, musim baru tanaman cili kami akan bermula. Doakan supaya musim baru ini dapat memberikan keuntungan yang memberangsangkan, amin.

Setiap update, akan kami kemaskini di dalam blog ini. Selalu-selalu menjenguk blog ini ya! Terima kasih..

Nov 21, 2011

Harga Kelapa Melambung Tinggi di Terengganu



Mungkin berita ini dah lapuk. Harga kelapa yang melambung secara tiba-tiba di Terengganu sehingga mencecah RM3.00 sebiji menyebabkan ramai pengusaha santan segar menepuk dahi.

Analisa yang kami dapat simpulkan di sini, kenaikan harga secara mendadak ini adalah berikutan musim tengkujuh yang sedang melanda negeri kami. Diharap harga akan mula pulih seperti sediakala tidak lama lagi.

P/s : Asyik lapar je musim tengkujuh ni. Kepada yang mendirikan rumahtangga tu, kami doakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Musim tengkujuh yang boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan ni adalah sangat disukai pasangan pengantin untuk mendirikan rumahtangga. Maklumlah, musim mengawan. Hihihi...

Nov 11, 2011

Pengguna Apple



Kepada pengguna Apple, saya telah mengemaskini tulisan di blog ini supaya ianya dapat memaparkan tulisan rasmi OS yang digunakan oleh produk-produk Apple, yakni Lucida Grande.

Sekiranya anda menggunakan OS Windows tanpa tulisan Lucida Grande, blog ini akan memaparkan tulisan Arial sans-serif. Jika anda berminat dengan tulisan Lucida Grande, sila download dan install ke dalam sistem OS anda.

Sekian pembelajaran untuk kali ini. Assalamualaikum..

Nov 10, 2011

Realiti hidup



Sekarang tengah berfikir tentang penyambungan projek untuk kesinambungan hidup yang sekarang ni mungkin pada tahap sampah masyarakat kot. Kami memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak yang bermurah hati untuk membantu kami keluar dari belenggu hidup. Walaupun berbunyi agak 'loser' tapi apa kan daya untuk kami yang sangat berminat untuk memeriahkan bidang pertanian Malaysia. oh ini rupanya realiti hidup.haha *ketawa sedih*