Click to play

Sorry,
No shoutbox is available for the moment.
Please be patient and bare with us.
Thank you.

Nov 21, 2011

Harga Kelapa Melambung Tinggi di Terengganu



Mungkin berita ini dah lapuk. Harga kelapa yang melambung secara tiba-tiba di Terengganu sehingga mencecah RM3.00 sebiji menyebabkan ramai pengusaha santan segar menepuk dahi.

Analisa yang kami dapat simpulkan di sini, kenaikan harga secara mendadak ini adalah berikutan musim tengkujuh yang sedang melanda negeri kami. Diharap harga akan mula pulih seperti sediakala tidak lama lagi.

P/s : Asyik lapar je musim tengkujuh ni. Kepada yang mendirikan rumahtangga tu, kami doakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Musim tengkujuh yang boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan ni adalah sangat disukai pasangan pengantin untuk mendirikan rumahtangga. Maklumlah, musim mengawan. Hihihi...

Nov 11, 2011

Pengguna Apple



Kepada pengguna Apple, saya telah mengemaskini tulisan di blog ini supaya ianya dapat memaparkan tulisan rasmi OS yang digunakan oleh produk-produk Apple, yakni Lucida Grande.

Sekiranya anda menggunakan OS Windows tanpa tulisan Lucida Grande, blog ini akan memaparkan tulisan Arial sans-serif. Jika anda berminat dengan tulisan Lucida Grande, sila download dan install ke dalam sistem OS anda.

Sekian pembelajaran untuk kali ini. Assalamualaikum..

Nov 10, 2011

Realiti hidup



Sekarang tengah berfikir tentang penyambungan projek untuk kesinambungan hidup yang sekarang ni mungkin pada tahap sampah masyarakat kot. Kami memerlukan bantuan dan sokongan dari pihak yang bermurah hati untuk membantu kami keluar dari belenggu hidup. Walaupun berbunyi agak 'loser' tapi apa kan daya untuk kami yang sangat berminat untuk memeriahkan bidang pertanian Malaysia. oh ini rupanya realiti hidup.haha *ketawa sedih*

Oct 20, 2011

Tiada Sokongan



Tengah hari tadi saya telah berjumpa dengan En. Azman untuk membincangkan costing untuk projek pertanian baru kami nanti. Siapa En. Azman dan apa projek baru kami? Akan saya ceritakan kemudian.

Apa yang saya terkilan, malam tadi sewaktu bertemu dengan En. Din, ketua JKKK saya ada menyatakan hasrat untuk mengusahakan projek terbaru kami. Daripada feedback yang saya dapat, beliau seolah-olah tidak menyokong kami untuk mengusahakan projek tersebut. Katanya, pertanian bukanlah satu sumber pendapatan yang sangat menguntungkan.

"Alang-alang dah jejak kaki ke dalam industri minyak dan gas, buat apa nak terjun ke bidang lain?"

Bagi saya, tanpa pertanian golongan elit seperti mereka-mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas nak makan apa? Bila Thailand dilanda banjir besar. Harga cili, beras dan lain-lain naik mendadak. Siapa yang merungut? Petani-petani hanya senyum lebar memerhati dari jauh gelagat orang-orang yang hanya memandang lekeh industri pertanian ni. Terkadang saya terfikir, ada bagus juga Thailand dilanda banjir. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia sedar akan kepentingan pertanian ni. Asyik kejar kerja di pejabat.. di dalam bilik berpenghawa dingin. Habis siapa lagi yang akan menyambung legasi pertanian suatu hari nanti?

Saya akui, industri minyak dan gas sangat menguntungkan. Tetapi, berapa ramai player-player yang sudah lama bertapak di dalam industri tersebut. Mereka ini umpama buaya-buaya yang 'makan besar' jika hendak dibandingkan dengan kami yang seumpama ikan bilis hanya mendapat sisa-sisa makanan daripada mereka.

Tetapi di dalam pertanian, jika kita mempunyai 'akal' dan rajin, insya Allah pendapatan kita setiap tahun mampu mengalahkan pendapatan yang diperolehi oleh usahawan-usahawan di dalam industri minyak dan gas.

Namun, semua itu bukan penghalang bagi saya untuk meneruskan projek kami ini. Baru sedikit 'hasutan' yang diterima. Saya tidak seharusnya menyerah diri begitu sahaja. Tak apa, kita lihat suatu hari nanti. Saya akan buktikan kepada ketua JKKK itu yang kata-katanya hanyalah cakap kosong sahaja. Tunggu...!

Oct 19, 2011

Logo Baru Gandingan Ilham



Setelah sekian lama menggunakan logo lama yang saya sendiri sudah lupa di mana letaknya softcopy logo tersebut, kini Gandingan Ilham telah tampil dengan logo baru.

GANDINGAN ILHAM GROUP OF COMPANIES

Harapan kami, dengan adanya logo baru ini, syarikat akan terus maju ke hadapan dalam menerajui ekonomi tempatan khususnya di negeri Terengganu.

Dikesempatan ini juga saya turut berbesar hati mengumumkan, Gandingan Ilham Enterprise (GIE) akan kami tukarkan kepada Gandingan Ilham Group of Companies (GIGS) tidak lama lagi. Kepada mereka yang belum mengetahui kaitan diantara BB Peladang dan GIGC, tunggu sehingga laman sesawang rasmi GIGC dilancarkan.

Buat masa sekarang, GIGC hanya menumpang di blog BB Peladang. Semoga dengan kehadiran logo dan branding baru GIGC ini dapat memeriahkan lagi dunia keusahawanan di Malaysia selaras dengan seruan Perdana Menteri kita, insya Allah.

Oct 17, 2011

Lesen PBT



Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan urusan kami pada hari ini untuk mendapatkan lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Satu ujian telah ditempuhi, kini ujian yang seterusnya pula, Lesen Runcit Beras dan Lesen Runcit Barang Kawalan. Harap-harap pemilik bangunan dapat beri kerjasama kepada kami supaya usaha kami tidak sia-sia.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan kami. Ampunkan segala dosa-dosa kami. Kami memohon petunjuk Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kami hanya hamba Mu yang lemah dan sering alpa dalam mengingati Mu Ya Allah.

Oct 16, 2011

Rasa Terkilan



Maaf, saya cuma ingin meluahkan perasaan saya di sini. Hari ni saya rasa terkilan kerana ada sesetengah pihak terutamanya badan kerajaan yang tidak mahu melayan usahawan muda seperti kami ni.

Samada mereka mempunyai kroni atau mereka mementingkan diri, itu saya tidak pasti. Tetapi, alhamdulillah setakat ini Jabatan Pertanian dan juga FAMA masih lagi memberikan khidmat nasihat dan juga perkhidmatan yang sangat berkesan.

Cuma ada badan-badan kerajaan yang sesetengahnya hanya melayan pengusaha-pengusaha yang mereka kenali sahaja. Tak apa, ada ubi ada batas, suatu hari nanti Allah akan balas.

Kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat dalam sektor pertanian dan penternakan yang mempunyai masalah sama seperti kami, boleh tinggalkan komen anda di sini. Sekian, terima kasih.

Yang kecewa,
Mat Kadiaq

Oct 14, 2011

Membekal Diesel Industri



Di bawah syarikat Gandingan Ilham Enterprise, kami juga membekal diesel gred A bagi kegunaan industri.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui harga, sila hubungi 013-982 9884 atau 019-911 8486.

Minimum order 50,000 liter.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom-Axiata Mobile.

Penghasilan Santan Kelapa



Alhamdulillah, unjuran kewangan untuk syarikat kami memulakan perniagaan santan kelapa telah siap dirangka. Bekalan kelapa sebanyak 5200 biji sebulan telah kami dapat. Cuma hitam putihnya sahaja belum siap. Insya Allah minggu depan akan melawat ke kedai baru kami di Teluk Kalung. Dengan sewa RM200 sebulan, dapatlah kami bertapak di situ buat sementara waktu.

Jika diimbal, 5200 biji kelapa mampu menghasilkan 50kg santan sehari. Harga pasaran santan di Kemaman, Terengganu adalah sekitar RM7-8.00/kg. Kami masih lagi sedang berkira-kira dalam meletakkan harga jualan kami. Insya Allah harga yang terendah akan kami letak sekiranya masih ada keuntungan walaupun sedikit kerana niat kami berniaga adalah kerana Allah SWT bukan dengan niat untuk menjadi kaya raya.

Untuk mesin pula, kami sudah menjumpai individu yang ingin menjual 2 buah mesin memproses santannya dengan harga RM3000 untuk keduanya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami tidak perlu untuk membeli mesin baru yang harganya hampir mencecah belasan ribu ringgit. Untuk beroperasi, kami akan mencari seorang pekerja lelaki (anak muda tempatan diutamakan) dengan gaji sekitar RM800/bulan. Kelulusan tidak perlu, cukup sekadar ringan tulang dan jujur.

Misi BB Peladang kali ini adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang menjalankan satu aktiviti pertanian yang berteraskan kelapa di kawasan pantai timur. Doakan kejayaan kami. :)

Oct 11, 2011

Harga Kelapa



Sebut harga yang kami dapat setakat ini ialah RM1.00/biji termasuk pengangkutan ke Kemaman, Terengganu.

Jika anda dapat menawarkan harga yang lebih rendah, sila tinggalkan nombor telefon anda di ruangan komen supaya kami boleh menghubungi anda.

Sekian, terima kasih.

Oct 10, 2011

Bekalan Kelapa



Kepada pengusaha kelapa, kami ingin mendapatkan bekalan anda. Sila hubungi kami di talian 013-982 9884 untuk membincangkan harga.

Bekalan yang kami perlukan adalah sekitar 5,000 biji sebulan. Terma bayaran adalah cash-on-delivery. Harga haruslah lengkap dengan kos penghantaran ke Kemaman, Terengganu.

Jika anda seorang pengusaha kelapa, hubungi kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk bekerjasama dengan kami

Sent from my BlackBerry® wireless device via Celcom-Axiata Mobile.

Oct 9, 2011

Tips Pertanian dan Penternakan (Part 2)



Sambungan dari Part 1.

Rancang Perniagaan
Rancang perniagaan anda dengan betul. Pastikan anda membuat unjuran keluar masuk duit modal pusingan setiap bulan. Ini bagi memastikan anda dapat mengetahui untung rugi yang bakal diperolehi.

Pembekal
Hal ini harus dititikberatkan supaya anda dapat mengira perbelanjaan untuk membeli baja/pallet. Jika anda tiada pembekal yang mampu membekal baja/pallet dalam kapasiti yang besar, maka margin keuntungan/kerugian anda juga besar. Pastikan pembekal anda mampu membekal setiap keperluan anda. Bagi saya, satu pembekal adalah lebih baik daripada mendapatkan bekalan daripada ramai pembekal. Di sini, masa anda dapat dijimatkan hampir 100%. Gunakan perkhidmatan daripada jabatan-jabatan yang terlibat terutamanya perkhidmatan pengangkutan untuk mendapatkan bekalan.

Khidmat Nasihat
Anda harus mempunyai komunikasi yang baik dengan pegawai-pegawai di dalam agensi kerajaan di mana mereka dapat membantu dan memantau hasil pertanian/penternakan anda. Ianya penting untuk mendapatkan hasil yang hampir sempurna kerana khidmat nasihat mereka adalah berdasarkan pengalaman pengusaha-pengusaha yang lain. Ini juga dapat membantu anda untuk mencari pasaran eksport jika hasil anda adalah dari kategori yang eksotik.

Kajian
Aspek ini juga amat penting bagi anda melakukan penambahbaikkan. Dari semasa ke semasa, setiap kajian anda itu haruslah dicatatkan di dalam sebuah buku log supaya ianya dapat dipraktikkan dalam musim yang seterusnya. Lakukan kajian dari segi baja, sumber makanan, dan juga pasaran.

Modal
Harus diingat bahawa modal adalah faktor yang kedua terpenting. Pastikan modal yang anda ada mampu untuk menggerakkan aktiviti anda bagi tempoh 6 bulan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Semua yang dinyatakan di atas adalah merupakan hasil daripada kajian dan penyelidikan saya sendiri. Ia juga merupakan pengalaman saya di dalam bidang pertanian/penternakan ini. Di harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memulakan perniagaan di dalam sektor pertanian dan penternakan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hantarkan email kepada saya di nashrulsabri[at]gmail.com atau tinggalkan komen di sini. Insya Allah saya akan cuba menjawab sebaik yang mungkin. Mana yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari kekhilafan diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Nashrul Sabri

Sep 30, 2011

Blog Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani



Maaf dengan kelewatan saya untuk post sambungan entry sebelum ini. Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda semua blog Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Hj. Omar.

Ada banyak juga maklumat yang kita boleh dapat melalui blog beliau. Sila-silakanlah membaca jika tuan puan punyai masa. Saya akan sambung entry sebelum ini selepas saya dah free sikit. Sekarang ni saya sedang sibuk cari maklumat tentang penternakan ayam.

Salah satu blog yang saya selalu baca ialah, blog En. Firdaus. Beliau seorang penternak ayam yang berjaya di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Boleh baca jika anda semua berminat dengan ternakan ayam. Banyak info di sana yang saya dapat.

Sep 29, 2011

Tips Pertanian dan Penternakan (Part 1)



Ramai yang mungkin sedang mencari informasi mengenai pertanian atau penternakan. Baiklah, di sini saya akan berkongsi sedikit sebanyak berkaitan dengan kedua-duanya. Jika ada tersalah atau tersilap fakta, harap diperbetulkan.

Mari kita mulakan sekarang..

Saya ingin bertanyakan anda beberapa soalan.

Adakah anda seorang yang rajin atau ringan tulang?
Jika anda seorang yang rajin atau ringan tulang, sila teruskan usaha anda dalam salah satu bidang yang saya sebut di atas. Jika tidak, saya nasihatkan supaya anda melupakan impian atau cita-cita anda untuk menjadi seorang petani mahupun penternak moden.

Soalan seterusnya..

Berapa besar modal anda ada untuk menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan ini?
Jika modal anda di bawah RM50,000.00 bagi pertanian dan RM200,000.00 bagi penternakan, maka saya nasihatkan anda semua dapat mencari lagi modal supaya jumlahnya melebihi RM50,000.00 bagi tujuan pertanian dan RM200,000.00 bagi tujuan penternakan kerana faktor modal adalah perkara paling utama yang perlu anda titik beratkan sebelum menceburi bidang ini.

Di manakah lokasi dan berapa keluasan kawasan untuk anda jalankan aktiviti pertanian atau penternakan ini?
Saya sarankan supaya aktiviti pertanian ini dijalankan di kawasan yang sedikit terbuka tetapi berpagar bagi melindungi tanaman daripada dicuri. Jangan risau jika lokasi tersebut berhampiran dengan penempatan kerana aktiviti pertanian tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Manakala bagi aktiviti penternakan pula, saya cadangkan anda mencari satu kawasan yang sangat jauh daripada kawasan penempatan kerana bau tinja haiwan ternakan adalah satu masalah yang sangat besar di masa akan datang. Tetapi, pastikan kawasan tersebut mudah untuk anda mahupun lori-lori keluar dan masuk.

Baiklah..

Sudahkah anda mempunyai pasaran?
Jika belum, saya syorkan supaya anda cari terlebih dahulu pasaran sebelum anda menjalankan aktiviti pertanian mahupun penternakan. Masalah utama yang timbul bagi kebanyakan pengusaha adalah pasaran. Tidak dinafikan, masalah ini akan membuatkan hasil tani dan ternak anda akan berlonggok di ladang. Jadi, pastikan anda dapatkan hitam putih daripada pemborong supaya hasil usaha anda tidak sia-sia.


Bersambung...

Celcom Axiata Mobile



Hari ni line Celcom di kawasan rumah aku tak berapa nak molek. Tak tahu apa masalah mereka kali ni. Sekejap ada line, sekejap SOS. Sepatutnya, pengurangan harus dibuat memandangkan servis mereka sejak kebelakangan ni kurang bagus.

Jika tiada pengurangan, aku akan bertukar arah ke rangkaian yang lain. Aku rasa DiGi lagi bagus dan murah. Kita tengok macam mana servis dia selepas 30 September nanti. Confirm, 1 Oktober aku akan ke Kuantan untuk register DiGi. Penatlah macam ni. Lepas satu, satu timbul masalah. Lewat bayar sehari je terus potong. Bab potong memotong ni laju pulak.

Potong tu potong jugak, jangan sampai terbabas Celcom oiii..

Sep 28, 2011

Buat Hal Lagi..



Kali ini bukan bab pertanian yang ingin saya sentuh, tetapi saya ingin mempertontonkan satu video yang bagi saya tersangat kurang hajar.

Ini sifat manusia yang tidak boleh menerima hakikat.


Anda semua berakal, anda semua hakimilah sendiri.

Assalamualaikum semua.

Sep 23, 2011

Terima Kasih AgroBank



Kepada AgroBank, terima kasih sebab korang, projek kami tersangkut akibat kekangan modal dan kami terpaksa bekerja tungkus lumus untuk tanggung kos berubah dan akhirnya tanaman kami terabai. Terima kasih!

Tak sangka kami dengan jawapan yang kami perolehi daripada Pegawai AgroBank satu ketika dahulu. Sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang ditelinga.

Kami cuba untuk berfikiran positif. Mungkin betul kata Pegawai tersebut. Tetapi kadangkala datang juga fikiran negatif kami. Kami pernah terfikir yang AgroBank sudah tiada duit. Iklan yang dicanang-canang selama ini hanya gimik. Hendak mengaku tiada duit mungkin malu, jadi terpaksa juga teruskan iklan di media arus perdana. Tetapi walau apa pun yang kami fikirkan, AgroBank tetap tidak akan memberikan kami peluang.


Terima kasih AgroBank kerana telah menjalankan amanah kerajaan dengan baik sekali dan sentiasa di sisi kami.

Sep 17, 2011

YB Hindraf



Sekali-sekala bila takde entry pasal pertanian, elok jugak cakna pasal isu semasa. Ketika sedang seronok lompat dari satu blog ke blog lain, tetiba terbaca artikel isu yang hangat dan menyirap yang dilakukan oleh wakil rakyat Hindraf iaitu ADUN Kota Alam Shah, Selangor tak sedar diri ni..isu yang pertama pasal mengejek doa masuk tandas, konon2 kelakar. anda boleh rujuk link ni http://dhanyaraam.blogspot.com/2011/09/biadap-yb-dap-mengejek-agama-islam.html dan http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/09/hot-adun-kota-alam-shah-manoharan.html..tindakan bodoh ni sudah tentu mendapat tindak balas yang sama dari mereka yang merasa terhina, dalam kes ini orang Islam. Isu kedua pula pasal bendera Jalur Gemilang yang disamakan dengan bendera BN dan dia seperti biasa cakap macam mabuk todi...arghh aku malas nak taip lagi, korang baca jela kat blog ni http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/09/lepas-hina-doa-orang-islam-kini-adun.html....yaaa ISA dengan Pengisytiharan darurat kan nak dihapuskan, pengganas Hindraf ni nak takut apa, habis lemak pun dapat amaran je daripada Menteri Amaran...oppss

Aug 16, 2011

Ketandusan baja



Akibat berlakunya satu peristiwa yang meruntun jiwa, pokok-pokok kami kini mengalami masalah kekurangan baja. ini berikutan stok baja yang telah habis dituangkan ke dalam longkang.

Hasilnya, pokok-pokok telah mula layu dan hasil tidak dapat dimaksimakan sebaik mungkin. Semangat dan moral kami juga telah menurun. ini semua kerana kekangan modal untuk meneruskan usaha kami bagi menjalankan penyelidikan terhadap tanaman cili.

Kepada pihak berwajib, maaf jika aku katakan yang anda semua tidak mempunyai fungsi bagi membantu golongan usahawan tani seperti kami. Jika moral kami jatuh adalah disebabkan anda semua. Sebab itu kepercayaan terhadap belia muda semakin berkurang. kerana anda semua yang membuatkan kami pasrah sekaligus meruntuhkan semangat kami.

Siapa yang harus dipersalahkan di dalam hal ini?

Soalan demi persoalan



Sekali lagi, permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada pengusaha-pengusaha ladang menjadi satu tanda tanya.

Kami telah pergi berjumpa dengan individu yang dilantik untuk menguruskan pembiayaan tersebut dengan membawa usul untuk mengusahakan penanaman cili di atas tanah seluas 2 ekar milik rakan yang telah menawarkan tanah tersebut kepada kami. Individu tersebut dengan gayanya menyarankan kami mengusahakan penternakan ayam secara komersil.

Aku keliru sebenarnya. Adakah cili tidak menguntungkan sedangkan permintaannya tidak pernah mencukupi dengan bekalan yang ada? Kenapa perlu memberi saranan tersebut kepada kami? Adakah kami tidak layak untuk mengusahakan penanaman cili? Jika tidak mempercayai kami mampu untuk melakukannya, jadi aku rasa lebih baik tutup sahaja agensi tersebut dan biarkan petani dan penternak bertatih untuk memulakan pertanian dan penternakan mereka. Bukankah itu lebih baik?

Kerajaan tidak perlu menanggung kos untuk diberikan kepada mereka bagi menguruskan dana tersebut. Jimat duit kerajaan. Kurang sikit isu politik diperkotak-katik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ni. Aku mula rasa bosan dengan tindakan seperti ini. Jika kroni lebih penting daripada orang luar, lebih baik tubuh negara sendiri. Serap semua kroni ke dalam negara tu untuk mereka semua buat duit. Jangan gunapakai duit kerajaan untuk kroni sahaja.

P/s: Namawee yang hina negara tu mampu mendapatkan modal untuk pembikinan filem pendek, kami yang nak usahakan pertanian ni dengan selamba ditolak mentah-mentah. Siap sarankan kami buat penternakan lagi. Macam hampas kelapa!

Jul 21, 2011

Apakah ini permulaan gemilang?



Apakah ini permulaan yang menakjubkan bagi BB Peladang? Bagi kami yang tabah dan berfikiran positif (walaupun dilanda kekangan dan halangan yang melemahkan semangat) sudah cukup bersyukur kepada Yang Maha Esa! Kami memohon agar Allah memudahkan usaha kami untuk berbakti pada tanah ini..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jul 1, 2011

Rumah Hijau



Rumah hijau dengan bajet yang rendah. Buruk tu belakang cerita, janji fungsinya adalah sama.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Korban pokok



Ini antara contoh pokok yang terpaksa dikorbankan untuk menjaga stok baja dan racun daripada dibazirkan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jun 28, 2011

Dilanda Ribut



Baru-baru ini kebun fertigasi kami telah dilanda ribut yang sangat kencang. Beberapa batang pokok telah patah. Salah satu daripadanya telah mula berbunga. Inilah cabaran dan dugaan yang harus ditempuh oleh petani seperti kami.




Apa pun yang berlaku, kami harus kuatkan semangat untuk meneruskan usaha yang telah kami siapkan dengan bertungkus lumus. Harapan kami selepas ini, tiada lagi insiden seperti ini berlaku. Windbreaker harus dipasang bagi mengelakkan peristiwa seperti ini berulang.

Jun 18, 2011

Kawasan berpotensi sebagai kawasan operasi




Ini adalah bakal tapak kami beroperasi..kawasan agak luas dan mempunyai anak sungai. Tempat yang tepat masih dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jun 14, 2011

Lesson Learnt



Setelah hampir 2 bulan memulakan projek fertigasi, saya dapat rumuskan bahawa penanaman lada secara fertigasi sangat rumit berikutan pokok lada yang sangat mudah terkena serangan penyakit/virus yang dibawa oleh serangga. Kena pantau dan kawal serangga betul-betul.

Di bawah ini disertakan gambar projek penanaman lada berskala kecil BB Peladang secara fertigasi:-

Pemasangan silvershine (tanah tidak rata).

Silvershine yang telah siap dipasang.

Diantara kesilapan yang telah kami lakukan:-
  1. Menyemai benih terlebih dahulu sebelum mengisi polibeg dengan coco-peat.
  2. Tidak menggunakan racun kulat (Thiram) semasa proses menyemai benih.
  3. Tidak meletakkan tray semaian di tempat yang betul.
  4. Benih tudak direndam di dalam air selama 24 jam mengakibatkan benih lambat bercambah.
  5. Tidak melupuskan pokok lada lama yang berada berhampiran kebun (pokok yang dikerumuni lalat putih).
  6. Paip fertigasi yang belum dipasang membataskan waktu kami untuk menjalankan kerja-kerja lain kerana terpaksa menyiram baja secara manual dari pokok ke pokok.
  7. Pertumbuhan/Tumbesaran pokok tidak sekata berikutan kekangan masa untuk memindahkan anak pokok ke dalam polibeg kesemua sekaligus.
Gambar anak pokok yang mempunyai masalah tumbesaran:-

Kesemua anak pokok telah dibuang dan kami telah membuat semaian semula.

Mungkin ini dapat memberi sedikit maklumat dan pengajaran buat kami dan juga mereka yang ingin menceburi bidang fertigasi ini.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari kami sendiri. Wallahua'lam.

Wassalam.

P/S: Esok saya akan buat entri tentang tunas air. Apa itu tunas air dan bagaimana untuk kita mengenali tunas air. Tidak lupa juga kesan tunas air terhadap pokok.

Jun 11, 2011

Ayat seribu dinar



Saya pun kurang pasti tentang fadhilat ayat ni, cuma pernah terbaca kisah berkenaan ayat 1000 dinar..mungkin di lain masa saya akan berkongsi kisah yg tepat berkenaan ayat ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jun 7, 2011

Gambar pajeri nanas



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jun 6, 2011

Pajeri nanas



Ini hasil air tangan hamba malam ni..ada orang berminat nak belajar? Haha..:)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jun 3, 2011

Lawatan ke Inkubator Pertanian Pasir Semut, Kemaman



Gambar sekitar lawatan pihak BB Peladang ke Inkubator Pertanian Pasir Semut, Kemaman yang dipantau oleh DOA Daerah Kemaman.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

tapak baru



Sekarang kami ada tawaran bagus untuk tapak tanah pertanian (masih dirahsiakan)...tawaran tu amat bagus tetapi ada sedikit kekangan kewangan...Bapa Transformer DS Najib tolong kami!!!

cahaya di hujung terowong



penat kami memikirkan tentang nak korek duit modal untuk pertanian..sebagai syarikat baru nak bertapak, mana ada orang percaya kecuali saudara dan kawan terdekat jela. tapi kami nak ucap terima kasih kat AMBANK sebab kadar nak buka akaun semasa hanya RM 500, bukan macam bank-nak-untung-memanjang tu, nak buka akaun pun RM 2000!!! selepas ni harapan pada Agro Bank pulak..we'll see how the capital can be obtained..

Bahagia



Bahagia rasanya tengok anak pokok lada membesar..nak pulak eksperimen menjadi, besar laju daripada biasa..ada cahaya di hujung terowong

May 2, 2011

Selamat Datang..



Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim..

Kami ucapkan SELAMAT DATANG kepada pengunjung blog BB Peladang. Di dalam blog ini, ingin kami kongsikan serba sedikit tentang PERTANIAN terutamanya yang berasaskan FERTIGASI.

Alhamdulillah, setelah hampir beberapa bulan kami melakukan kajian dan hari ini akhirnya kami berjaya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan membawa kebun fertigasi kami ke alam maya. Syukur yang tidak terhingga kami panjatkan kepada Allah S.W.T.

Mudah-mudahan dengan adanya blog ini, dapatlah kita bersama-sama memajukan lagi sektor PERTANIAN di negara ini, insya'Allah. Kami sasarkan golongan muda untuk menceburi sektor ini memandangkan PERTANIAN secara FERTIGASI ini adalah merupakan satu teknologi untuk bertani.

Dalam menuju Wawasan 2020, Petani Moden sangat diperlukan bagi memacu ekonomi negara.

"Pertanian adalah perniagaan dan ibadah."