Sekali lagi, permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada pengusaha-pengusaha ladang menjadi satu tanda tanya.
Kami telah pergi berjumpa dengan individu yang dilantik untuk menguruskan pembiayaan tersebut dengan membawa usul untuk mengusahakan penanaman cili di atas tanah seluas 2 ekar milik rakan yang telah menawarkan tanah tersebut kepada kami. Individu tersebut dengan gayanya menyarankan kami mengusahakan penternakan ayam secara komersil.
Aku keliru sebenarnya. Adakah cili tidak menguntungkan sedangkan permintaannya tidak pernah mencukupi dengan bekalan yang ada? Kenapa perlu memberi saranan tersebut kepada kami? Adakah kami tidak layak untuk mengusahakan penanaman cili? Jika tidak mempercayai kami mampu untuk melakukannya, jadi aku rasa lebih baik tutup sahaja agensi tersebut dan biarkan petani dan penternak bertatih untuk memulakan pertanian dan penternakan mereka. Bukankah itu lebih baik?
Kerajaan tidak perlu menanggung kos untuk diberikan kepada mereka bagi menguruskan dana tersebut. Jimat duit kerajaan. Kurang sikit isu politik diperkotak-katik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ni. Aku mula rasa bosan dengan tindakan seperti ini. Jika kroni lebih penting daripada orang luar, lebih baik tubuh negara sendiri. Serap semua kroni ke dalam negara tu untuk mereka semua buat duit. Jangan gunapakai duit kerajaan untuk kroni sahaja.
P/s: Namawee yang hina negara tu mampu mendapatkan modal untuk pembikinan filem pendek, kami yang nak usahakan pertanian ni dengan selamba ditolak mentah-mentah. Siap sarankan kami buat penternakan lagi. Macam hampas kelapa!
No comments:
Post a Comment