Click to play

Sorry,
No shoutbox is available for the moment.
Please be patient and bare with us.
Thank you.

Aug 16, 2011

Ketandusan baja



Akibat berlakunya satu peristiwa yang meruntun jiwa, pokok-pokok kami kini mengalami masalah kekurangan baja. ini berikutan stok baja yang telah habis dituangkan ke dalam longkang.

Hasilnya, pokok-pokok telah mula layu dan hasil tidak dapat dimaksimakan sebaik mungkin. Semangat dan moral kami juga telah menurun. ini semua kerana kekangan modal untuk meneruskan usaha kami bagi menjalankan penyelidikan terhadap tanaman cili.

Kepada pihak berwajib, maaf jika aku katakan yang anda semua tidak mempunyai fungsi bagi membantu golongan usahawan tani seperti kami. Jika moral kami jatuh adalah disebabkan anda semua. Sebab itu kepercayaan terhadap belia muda semakin berkurang. kerana anda semua yang membuatkan kami pasrah sekaligus meruntuhkan semangat kami.

Siapa yang harus dipersalahkan di dalam hal ini?

Soalan demi persoalan



Sekali lagi, permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada pengusaha-pengusaha ladang menjadi satu tanda tanya.

Kami telah pergi berjumpa dengan individu yang dilantik untuk menguruskan pembiayaan tersebut dengan membawa usul untuk mengusahakan penanaman cili di atas tanah seluas 2 ekar milik rakan yang telah menawarkan tanah tersebut kepada kami. Individu tersebut dengan gayanya menyarankan kami mengusahakan penternakan ayam secara komersil.

Aku keliru sebenarnya. Adakah cili tidak menguntungkan sedangkan permintaannya tidak pernah mencukupi dengan bekalan yang ada? Kenapa perlu memberi saranan tersebut kepada kami? Adakah kami tidak layak untuk mengusahakan penanaman cili? Jika tidak mempercayai kami mampu untuk melakukannya, jadi aku rasa lebih baik tutup sahaja agensi tersebut dan biarkan petani dan penternak bertatih untuk memulakan pertanian dan penternakan mereka. Bukankah itu lebih baik?

Kerajaan tidak perlu menanggung kos untuk diberikan kepada mereka bagi menguruskan dana tersebut. Jimat duit kerajaan. Kurang sikit isu politik diperkotak-katik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ni. Aku mula rasa bosan dengan tindakan seperti ini. Jika kroni lebih penting daripada orang luar, lebih baik tubuh negara sendiri. Serap semua kroni ke dalam negara tu untuk mereka semua buat duit. Jangan gunapakai duit kerajaan untuk kroni sahaja.

P/s: Namawee yang hina negara tu mampu mendapatkan modal untuk pembikinan filem pendek, kami yang nak usahakan pertanian ni dengan selamba ditolak mentah-mentah. Siap sarankan kami buat penternakan lagi. Macam hampas kelapa!