Click to play

Sorry,
No shoutbox is available for the moment.
Please be patient and bare with us.
Thank you.

Sep 30, 2011

Blog Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani



Maaf dengan kelewatan saya untuk post sambungan entry sebelum ini. Di sini saya ingin memperkenalkan kepada anda semua blog Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Hj. Omar.

Ada banyak juga maklumat yang kita boleh dapat melalui blog beliau. Sila-silakanlah membaca jika tuan puan punyai masa. Saya akan sambung entry sebelum ini selepas saya dah free sikit. Sekarang ni saya sedang sibuk cari maklumat tentang penternakan ayam.

Salah satu blog yang saya selalu baca ialah, blog En. Firdaus. Beliau seorang penternak ayam yang berjaya di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Boleh baca jika anda semua berminat dengan ternakan ayam. Banyak info di sana yang saya dapat.

Sep 29, 2011

Tips Pertanian dan Penternakan (Part 1)



Ramai yang mungkin sedang mencari informasi mengenai pertanian atau penternakan. Baiklah, di sini saya akan berkongsi sedikit sebanyak berkaitan dengan kedua-duanya. Jika ada tersalah atau tersilap fakta, harap diperbetulkan.

Mari kita mulakan sekarang..

Saya ingin bertanyakan anda beberapa soalan.

Adakah anda seorang yang rajin atau ringan tulang?
Jika anda seorang yang rajin atau ringan tulang, sila teruskan usaha anda dalam salah satu bidang yang saya sebut di atas. Jika tidak, saya nasihatkan supaya anda melupakan impian atau cita-cita anda untuk menjadi seorang petani mahupun penternak moden.

Soalan seterusnya..

Berapa besar modal anda ada untuk menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan ini?
Jika modal anda di bawah RM50,000.00 bagi pertanian dan RM200,000.00 bagi penternakan, maka saya nasihatkan anda semua dapat mencari lagi modal supaya jumlahnya melebihi RM50,000.00 bagi tujuan pertanian dan RM200,000.00 bagi tujuan penternakan kerana faktor modal adalah perkara paling utama yang perlu anda titik beratkan sebelum menceburi bidang ini.

Di manakah lokasi dan berapa keluasan kawasan untuk anda jalankan aktiviti pertanian atau penternakan ini?
Saya sarankan supaya aktiviti pertanian ini dijalankan di kawasan yang sedikit terbuka tetapi berpagar bagi melindungi tanaman daripada dicuri. Jangan risau jika lokasi tersebut berhampiran dengan penempatan kerana aktiviti pertanian tidak menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Manakala bagi aktiviti penternakan pula, saya cadangkan anda mencari satu kawasan yang sangat jauh daripada kawasan penempatan kerana bau tinja haiwan ternakan adalah satu masalah yang sangat besar di masa akan datang. Tetapi, pastikan kawasan tersebut mudah untuk anda mahupun lori-lori keluar dan masuk.

Baiklah..

Sudahkah anda mempunyai pasaran?
Jika belum, saya syorkan supaya anda cari terlebih dahulu pasaran sebelum anda menjalankan aktiviti pertanian mahupun penternakan. Masalah utama yang timbul bagi kebanyakan pengusaha adalah pasaran. Tidak dinafikan, masalah ini akan membuatkan hasil tani dan ternak anda akan berlonggok di ladang. Jadi, pastikan anda dapatkan hitam putih daripada pemborong supaya hasil usaha anda tidak sia-sia.


Bersambung...

Celcom Axiata Mobile



Hari ni line Celcom di kawasan rumah aku tak berapa nak molek. Tak tahu apa masalah mereka kali ni. Sekejap ada line, sekejap SOS. Sepatutnya, pengurangan harus dibuat memandangkan servis mereka sejak kebelakangan ni kurang bagus.

Jika tiada pengurangan, aku akan bertukar arah ke rangkaian yang lain. Aku rasa DiGi lagi bagus dan murah. Kita tengok macam mana servis dia selepas 30 September nanti. Confirm, 1 Oktober aku akan ke Kuantan untuk register DiGi. Penatlah macam ni. Lepas satu, satu timbul masalah. Lewat bayar sehari je terus potong. Bab potong memotong ni laju pulak.

Potong tu potong jugak, jangan sampai terbabas Celcom oiii..

Sep 28, 2011

Buat Hal Lagi..



Kali ini bukan bab pertanian yang ingin saya sentuh, tetapi saya ingin mempertontonkan satu video yang bagi saya tersangat kurang hajar.

Ini sifat manusia yang tidak boleh menerima hakikat.


Anda semua berakal, anda semua hakimilah sendiri.

Assalamualaikum semua.

Sep 23, 2011

Terima Kasih AgroBank



Kepada AgroBank, terima kasih sebab korang, projek kami tersangkut akibat kekangan modal dan kami terpaksa bekerja tungkus lumus untuk tanggung kos berubah dan akhirnya tanaman kami terabai. Terima kasih!

Tak sangka kami dengan jawapan yang kami perolehi daripada Pegawai AgroBank satu ketika dahulu. Sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang ditelinga.

Kami cuba untuk berfikiran positif. Mungkin betul kata Pegawai tersebut. Tetapi kadangkala datang juga fikiran negatif kami. Kami pernah terfikir yang AgroBank sudah tiada duit. Iklan yang dicanang-canang selama ini hanya gimik. Hendak mengaku tiada duit mungkin malu, jadi terpaksa juga teruskan iklan di media arus perdana. Tetapi walau apa pun yang kami fikirkan, AgroBank tetap tidak akan memberikan kami peluang.


Terima kasih AgroBank kerana telah menjalankan amanah kerajaan dengan baik sekali dan sentiasa di sisi kami.

Sep 17, 2011

YB Hindraf



Sekali-sekala bila takde entry pasal pertanian, elok jugak cakna pasal isu semasa. Ketika sedang seronok lompat dari satu blog ke blog lain, tetiba terbaca artikel isu yang hangat dan menyirap yang dilakukan oleh wakil rakyat Hindraf iaitu ADUN Kota Alam Shah, Selangor tak sedar diri ni..isu yang pertama pasal mengejek doa masuk tandas, konon2 kelakar. anda boleh rujuk link ni http://dhanyaraam.blogspot.com/2011/09/biadap-yb-dap-mengejek-agama-islam.html dan http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/09/hot-adun-kota-alam-shah-manoharan.html..tindakan bodoh ni sudah tentu mendapat tindak balas yang sama dari mereka yang merasa terhina, dalam kes ini orang Islam. Isu kedua pula pasal bendera Jalur Gemilang yang disamakan dengan bendera BN dan dia seperti biasa cakap macam mabuk todi...arghh aku malas nak taip lagi, korang baca jela kat blog ni http://yuseriyusoff.blogspot.com/2011/09/lepas-hina-doa-orang-islam-kini-adun.html....yaaa ISA dengan Pengisytiharan darurat kan nak dihapuskan, pengganas Hindraf ni nak takut apa, habis lemak pun dapat amaran je daripada Menteri Amaran...oppss

Aug 16, 2011

Ketandusan baja



Akibat berlakunya satu peristiwa yang meruntun jiwa, pokok-pokok kami kini mengalami masalah kekurangan baja. ini berikutan stok baja yang telah habis dituangkan ke dalam longkang.

Hasilnya, pokok-pokok telah mula layu dan hasil tidak dapat dimaksimakan sebaik mungkin. Semangat dan moral kami juga telah menurun. ini semua kerana kekangan modal untuk meneruskan usaha kami bagi menjalankan penyelidikan terhadap tanaman cili.

Kepada pihak berwajib, maaf jika aku katakan yang anda semua tidak mempunyai fungsi bagi membantu golongan usahawan tani seperti kami. Jika moral kami jatuh adalah disebabkan anda semua. Sebab itu kepercayaan terhadap belia muda semakin berkurang. kerana anda semua yang membuatkan kami pasrah sekaligus meruntuhkan semangat kami.

Siapa yang harus dipersalahkan di dalam hal ini?

Soalan demi persoalan



Sekali lagi, permohonan untuk mendapatkan pembiayaan daripada pihak yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk diberikan kepada pengusaha-pengusaha ladang menjadi satu tanda tanya.

Kami telah pergi berjumpa dengan individu yang dilantik untuk menguruskan pembiayaan tersebut dengan membawa usul untuk mengusahakan penanaman cili di atas tanah seluas 2 ekar milik rakan yang telah menawarkan tanah tersebut kepada kami. Individu tersebut dengan gayanya menyarankan kami mengusahakan penternakan ayam secara komersil.

Aku keliru sebenarnya. Adakah cili tidak menguntungkan sedangkan permintaannya tidak pernah mencukupi dengan bekalan yang ada? Kenapa perlu memberi saranan tersebut kepada kami? Adakah kami tidak layak untuk mengusahakan penanaman cili? Jika tidak mempercayai kami mampu untuk melakukannya, jadi aku rasa lebih baik tutup sahaja agensi tersebut dan biarkan petani dan penternak bertatih untuk memulakan pertanian dan penternakan mereka. Bukankah itu lebih baik?

Kerajaan tidak perlu menanggung kos untuk diberikan kepada mereka bagi menguruskan dana tersebut. Jimat duit kerajaan. Kurang sikit isu politik diperkotak-katik oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ni. Aku mula rasa bosan dengan tindakan seperti ini. Jika kroni lebih penting daripada orang luar, lebih baik tubuh negara sendiri. Serap semua kroni ke dalam negara tu untuk mereka semua buat duit. Jangan gunapakai duit kerajaan untuk kroni sahaja.

P/s: Namawee yang hina negara tu mampu mendapatkan modal untuk pembikinan filem pendek, kami yang nak usahakan pertanian ni dengan selamba ditolak mentah-mentah. Siap sarankan kami buat penternakan lagi. Macam hampas kelapa!

Jul 21, 2011

Apakah ini permulaan gemilang?



Apakah ini permulaan yang menakjubkan bagi BB Peladang? Bagi kami yang tabah dan berfikiran positif (walaupun dilanda kekangan dan halangan yang melemahkan semangat) sudah cukup bersyukur kepada Yang Maha Esa! Kami memohon agar Allah memudahkan usaha kami untuk berbakti pada tanah ini..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jul 1, 2011

Rumah Hijau



Rumah hijau dengan bajet yang rendah. Buruk tu belakang cerita, janji fungsinya adalah sama.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.